Thursday, November 11, 2010

Cantiknya Kehidupan Ini~

Cantik Tak Gambar Ni?Penuh Dengan Warna Bukan?

Ok...Setiap hari aku akan terdedah dengan persekitaran luaran yang dipenuhi dengan pelbagai mcm ragam manusia.cantiknya kehidupan ini kerana diwarnai dengan pelbagai jenis warna yang cukup indah dalam pandangan mata yang halus...kesukaran serta masalah yang datang pada kita sebenarnya mempunyai warna yang berbeza...ada cerah, ada gelap...namun apa yang pasti warna-warna itulah yang membentuk diri kita secara tak langsung...indahnya hidup yang penuh dengan warna-warni seringkali buat kita lupa dan menganggapnya sebagai satu kesulitan yang amat payah sekali..bayangkan jika hidup kita ini tidak disertai dengan warna-warna kehidupan..oh~alangkah suramnya kehidupan kita yang hanya diceriakan dengan satu warna...

Aku selalu mengingati diriku, jgn terlampau mudah melatah dengan keadaan luar jngka...tempuh saja dan jgn merungut..bersyukur kerana kita dipilih untuk menghadapinya..dan jgn sm sekali patah semangat dengan mengatakan kita tidak mampu untuk menghadapinya...dan aku selalu percaya pada kata2 "Allah berikan kita sesuatu dugaan kerana Allah Maha Mengetahui yang kita mampu menghadapinya"

maka...mengapa selalu merungut bila sesuatu masalah dtg?hadapinya...krn pasti kita mampu mengahdapinya..Allah Perancang Yang Maha Hebat...maka DIA tahu apa yang terbaik untuk kita..tempuh sahaja kehidupan ini dengan gembira dan hati yang tenang...yang penting jgn sesekali kita mudah melatah dan tergesa-gesa membuat keputusan...fikirlah sebaik mungkin dan ambilah masa untuk membuat keputusan...

seandainya keputusan yang diambil itu adalah salah, jgn sesekali menyesali atas keputusan yang dibuat itu...tapi bangkitlah semula dengan membawa semangat baru..lagipun fikirlah diri sangat bertuah kerana diberi peluang untuk melakukan kesilapan...

x salah melakukan kesilapan, dan  jgn takut untuk melakukan kesilapan...dgn kesilapan yang kita lakukan itulah sebenarnya guru yang terbaik untuk kita mengenal erti kehidupan yang sebenar....kita ada pengalaman mengenainya,,dan andaikata perkara yang sama berulang lagi...senyumlah, dan ucaplah kata syukur..kerana tanpa kita sedar dalam diam Allah sgt sygkn hambaNYA...diuji hambaNYA dengan pelbagai dugaan untuk mengajar hambaNYA mengenai kehidupan...

bunga juga nampak menarik jika ia dipenuhi dengan pelbagai warna


Nah lihatlah betapa Allah sygkn kita bukan?maka jgnlah sesekali risau untuk mengharungi warna-warni kehidupan, sebaliknya bergembiralah kita sebab kita berjaya bertemu untuk merasai sendiri betapa cantik dan indahnya warna kehidupan itu....


" Pesan NBY: Warni-warni kehidupan yang dilalui menjadi pencorak kepada diri seseorg individu"

No comments:

Post a Comment