Saturday, November 27, 2010

lebih kurang minta halal

itulah kata2 yg slalu diungkpkan oleh arwah mk cik ku setiap kali dia berurusan dgn org ramai, sm ada dlm proses jual beli ke minta tlg ke itu ke ini ke..janji apa bila berhadapan dgn msyrkt dan sesuatu urusan itu smmgnya melibtkn org ramai pasti kata2 ini diungkpkn oleh arwh mk cik ku ini....

kata2 yg ringkas ini tp membw satu mkna yg cukup besar...
ak juga slalu jg mempraktikn kata2 ini dgn teman2ku...lebih2 lagi dlm situasi ak bayo utang..o minx tlg kwn wat sesuatu..pasti ak akan ungkpkn kata2 ini....

bygkn lah satu situasi di mn kita terhutang 1 sen dgn kwn2 kita...dan disebabkn hny satu sen saje kita berhutg dgn kwn kita tu,,dan kwn kita tu x halalkan...bygkn apa azab yg bakal kita terima kat akhirat..bukan shj roh kita akan tergantung di langit...pelbagai lagi azab yg bakal menanti...gerun bukan?

ak selalu mengusik kwn2 ku....kalau aku ada terhutang wlhal satu sen pon,,,ckp...ak insan makhluk Allah yg bermaksud pelupa..maka dgn itu,,,kemungkinan untuk ak lupa akan hutang2 ku adalah tggi..so ak slalu ckp...

aku: uit kwn,,nah hutang ak yg dulu..20 sen
kwn aku: hutang bile plak ni
aku:heekle ko buat2 lupe plak...
kwn aku:hutang bile ni??
aku:dah2 ko jgn ngengada..amik 20 sen ni ak ckp...ak xnak t ko nak masuk syurga kat akhirat kang kaki ko selangkh dah masuk syurga..tb2 ak menyerang dtg...tarik2 ko,minta halalkn hutang 20 sen ak ni..dah sudah..jd kes tarik menarik plak....
kwn aku:ha3...mmg salah ko pon...
aku:tgk!belom apa2 agey dah slhkn ak..nah2..amik 20 sen ni..lebih kurang minta halal ek~~
kwn aku:hahahhahahah..ok2..mcm tu gak ngn ak,,lebih kurang minta halal....

lagipun berhutang dalam islam ni agak kurang manis ek...berdasarkn mklumat yg ak terima berhutang dalam islam adalah amalan yg x diglkn kerana hutang merupakan kesusahan di mlm hari dan penghinaan d siang hari...

begitulah penangan berhutang..amat dahsyat bukan?maka dengan itu,,ak mmg takut hal2 yg berkaitan dgn hutang ssm manusia ni..kata org, hutang wet dibayar wet, hutang budi dbls budi htg nyawa dibls nyawa..tp lau dah hutang budi tu susah sikit sbb ia terlalu subjektif begitu jg dgn nyawa....sbb itulah pada ketika ak langsaikn hutang ak..ak selalu ckp...lebih kurang minta halal ya..ak harap si pemberi hutang betul2 fhm maksud kata2 aku tu..mmg nada ak mcm x serius tp mksudku sgt serius...

so, as a conclusion..majulah sukan untuk negara..
ini luar dr tajuk k!hi3

Friday, November 12, 2010

kala bergembira pasti ada yang berduka

asam garam kehidupan..begitulah rencananya..ada suke ada duka...menjadi petunjuk bahawa kehidupan ini saling berpasangan..kiri-kanan, pahit-manis, itulah kehidupan, bukan menunjukan pertentangan, tapi adalah satu bentuk keadilan yg ditunjukan oleh Maha Pencipta...

setiap insan pasti akan merasai turun naiknya kehidupan mereka..sprti mana kata pepatah,, kehidupan ini ibarat roda terkadang kita berada di atas terkadang kita berada di bwh..Jelas..Allah Maha Adil...

selalu mengingatkn diri agar tidak terlalu asyik dgn kegembiraan..rona kehidupn pd hari ini, penuh dgn paparan kehidupn mnsia skllg yg pelbagai...hari ini aku bersama temnku paling kurang meraih sedikit kelegaan...alhamdulillah syukur, mudah2n ia adalah penetapan yg terbaik buat kami..

namun dalam kelegaan hati yg dirasai, terpalit juga rs berslh pd seorg shbt..shbt itu berada dlm kegusaran kala kami merasa lega, sdgkn shbt itu adlh insan yg plg sibuk skali berkenaan dgn urusan hari ini..ya mungkin bukan rezekinya lagi..ku doakan mudah2n dipermudhkn bagi shbt itu dlm sgl urusanya oleh Illahi..

moga ketenangan sentiasa berada dlm hatinya, dan moga hatinya sentiasa tabah menghadapi dugaan...aku yakin Allah Maha Adil, diberikan ketetapn oleh Ilahi atas shbt itu dgn caranya sendiri...mungkin dia mempunyai kekuatan jiwa yg cukup kental untuk menghadapinya..tabahlah shbtku..aku doakan moga urusn mu dipermudahkn ya!i.allah akan aku cuba membantu mn yg terdaya kerana, kau juga tnpa sgn silu memberikn bntuan kpdku kala ak memerlukan....

keputusan..kdg kala amat susah bg aku untuk membuat sesuatu kptusan..ak slalu mmbndgkn lebih dan kurangnya sesuatu kptsn...tapi ak pcya,,setiap yg lebih pasti ada kurangnya...hidup telah diaturkn bhw tidak ada mnsia yg sempurna di dunia...tak apalah ak redha, moga keputusn yg dibuat adalh yg terbaik buat diriku...amin~

p/s NBY: setiap yg lebih psti ada kurangnya, 
stp yg kurang pasti ada lebihnya

Thursday, November 11, 2010

Cantiknya Kehidupan Ini~

Cantik Tak Gambar Ni?Penuh Dengan Warna Bukan?

Ok...Setiap hari aku akan terdedah dengan persekitaran luaran yang dipenuhi dengan pelbagai mcm ragam manusia.cantiknya kehidupan ini kerana diwarnai dengan pelbagai jenis warna yang cukup indah dalam pandangan mata yang halus...kesukaran serta masalah yang datang pada kita sebenarnya mempunyai warna yang berbeza...ada cerah, ada gelap...namun apa yang pasti warna-warna itulah yang membentuk diri kita secara tak langsung...indahnya hidup yang penuh dengan warna-warni seringkali buat kita lupa dan menganggapnya sebagai satu kesulitan yang amat payah sekali..bayangkan jika hidup kita ini tidak disertai dengan warna-warna kehidupan..oh~alangkah suramnya kehidupan kita yang hanya diceriakan dengan satu warna...

Aku selalu mengingati diriku, jgn terlampau mudah melatah dengan keadaan luar jngka...tempuh saja dan jgn merungut..bersyukur kerana kita dipilih untuk menghadapinya..dan jgn sm sekali patah semangat dengan mengatakan kita tidak mampu untuk menghadapinya...dan aku selalu percaya pada kata2 "Allah berikan kita sesuatu dugaan kerana Allah Maha Mengetahui yang kita mampu menghadapinya"

maka...mengapa selalu merungut bila sesuatu masalah dtg?hadapinya...krn pasti kita mampu mengahdapinya..Allah Perancang Yang Maha Hebat...maka DIA tahu apa yang terbaik untuk kita..tempuh sahaja kehidupan ini dengan gembira dan hati yang tenang...yang penting jgn sesekali kita mudah melatah dan tergesa-gesa membuat keputusan...fikirlah sebaik mungkin dan ambilah masa untuk membuat keputusan...

seandainya keputusan yang diambil itu adalah salah, jgn sesekali menyesali atas keputusan yang dibuat itu...tapi bangkitlah semula dengan membawa semangat baru..lagipun fikirlah diri sangat bertuah kerana diberi peluang untuk melakukan kesilapan...

x salah melakukan kesilapan, dan  jgn takut untuk melakukan kesilapan...dgn kesilapan yang kita lakukan itulah sebenarnya guru yang terbaik untuk kita mengenal erti kehidupan yang sebenar....kita ada pengalaman mengenainya,,dan andaikata perkara yang sama berulang lagi...senyumlah, dan ucaplah kata syukur..kerana tanpa kita sedar dalam diam Allah sgt sygkn hambaNYA...diuji hambaNYA dengan pelbagai dugaan untuk mengajar hambaNYA mengenai kehidupan...

bunga juga nampak menarik jika ia dipenuhi dengan pelbagai warna


Nah lihatlah betapa Allah sygkn kita bukan?maka jgnlah sesekali risau untuk mengharungi warna-warni kehidupan, sebaliknya bergembiralah kita sebab kita berjaya bertemu untuk merasai sendiri betapa cantik dan indahnya warna kehidupan itu....


" Pesan NBY: Warni-warni kehidupan yang dilalui menjadi pencorak kepada diri seseorg individu"

moga keinsafan terus menyubur~

Moga aku mampu menjadi insan yang basah lidahnya setiap hari kerana menyebut kalam Allah.. setiap kata dan tintaku berilmiah bibir ku tidak putus2 mengucapkan sesuatu yang mengingatkan aku pada ALLAH aku mahu jiwaku tenang senyumanku ikhlas dan berbunga tawaku berisi hatiku tabah.. diriku kuat menghadapi semuanya.. hati ku kembali lembut.. aku mahu hidup dan matiku tidak sia2.. aku jg mahu kebahagian dunia aku kecapi tp ap yg ak mahukan kebahagiaan hidup di akhirat.. ak mahu hidup penuh dgn amal.. ak mahu diriku sentiasa ingat bahawa ak sering diperhatikan dan ak mahu aku berasa takut untuk melanggar larangan KHALIK yang mencipta MAKHLUK... ak mahu spjg hidupku penuh dgn amal soleh setiap tingkah langkahku..apa yang aku mahu dilakukan hanya krn ALLAHURABBI dan akhir sekali ak mahu diriku mati dalam iman' krn ak takut neraka di akhirat sna ak mahu bersama dgn org yg disayangi di akhirat kelak mampukah ak?

Bismillah..

Bismillah..ku mulakan penulisan blogku ini dengan kalimah Allah yang mulia.
aku hanya insan biasa, terpampang sebagai nama blog terbaruku...
ini diriku, dari satu sisi yang berbeza..
aku..
hanya insan biasa yang sentiasa melakukan kesilapan dalam kehidupan...
namun setiap hari aku bermain dengan kata hatiku sendiri...
aku perlu berubah...
mencari ketenangan yang dahulu...
kerana aku yakin dan percaya Allah Maha Penyayang...
setiap hari aku diberikan bisikan-bisikan keinsafan...
benar alam yang fana ini adalah guru terbaik untuk kita mengenal pencipta....
sehari-harian yang lepas aku diberi peluang oleh Allah untuk memperbaiki diri..
bernafas di bumi yang fana untuk menjdi pemerhati dan pemikir akan kebesaran Illahi di muka bumi ini..
moga ku masih diberi peluang oleh Allah untuk aku memperbaiki kesilapan diri yang sebelum ini..
Amin.